Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff berkata pelaksanaan Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin Siri 21 untuk kategori usir melalui laut bagi tahun 2022 ini melibatkan pemindahan 92 tahanan warganegara Indonesia dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia.
PATI yang diusir terdiri 71 lelaki, 20 wanita dan seorang kanak-kanak.
“Kanak-kanak yang terlibat dengan penghantaran pulang adalah bersama ibubapa atau penjaga masing-masing.
“Proses pemindahan tahanan dengan iringkawal masuk sehingga ke dalam Vessel (Laut) MID EAST EXPRESS NO.1 NO REG. 329501,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Sharifah Sitti Saleha,
kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963.
“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara.
“Oleh itu, semua warga asing adalah diingatkan untuk memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di Sabah, Malaysia terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini.
“Semua agensi penguatkuasaan di Sabah akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang undang negara,” katanya.