Anggota Bomba Terjatuh Dari Bumbung Ketika Padamkan Kebakaran


KOTA KINABALU : Seorang anggota bomba terjatuh dari bumbung semasa memadamkan kebakaran yang melibatkan 6 buah rumah di Sunny Garden, di sini, petang semalam.

Namun anggota bomba berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Anggota bomba berusia 43 tahun itu dihantar ke hospital menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmata Kecemasan (EMRS) untuk pemeriksaan lanjut dan dilaporkan stabil.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata
pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.36 petang tadi.

Katanya, sepasukan 24 pegawai dan anggota dari BBP Kota Kinabalu bersama 2 jentera pemadam api dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 4 kilometer dari balai.

“Kebakaran melibatkan 6 buah rumah teres jenis separuh kekal bekeluasan 111 meter persegi setiap rumah.

“Sebuah rumah terbakar 90%, 4 buah rumah terbakar 50% dan sebuah rumah terbakar 20%.

“Pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran menggunakan 2 aliran, 4 pancutan 91 meter sumber air dari tangki jentera dan pili bomba berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ordine, kebakaran dapat dikawal jam 3.02 petang dan ditamatkan jam 4.36 petang.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *