Bekas Jurugambar NSTP, Datu Ruslan Meninggal Dunia


KOTA KINABALU: Bekas Jurugambar The News Straits Press (NSTP), Datu Ruslan Sulai, 57, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) kelmarin.

Allahyarham yang menghidap kanser paru-paru tahap empat menghembuskan nafas terakhir di HQE kira-kira jam 4 petang.

Allahyarham berkhidmat sebagai jurugambar NSTP dari tahun 1992 sehingga 2017 dengan tempat bertugas terakhir di NSTP Biro Sabah.

Jenazah Allahyarham dimandi dan disolatkan di Masjid Sembulan kira-kira jam 7.45 malam tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sempelang, Sembulan pagi ini.

Difahamkan Allahyarham mula ditidurkan sejak 16 November selepas menjalani rawatan mengambil sampel.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam anak yang berusia antara 12 hingga 29 tahun.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *