KUNDASANG: Mount Kinabalu International Climbathon akan dianjurkan semula tahun hadapan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.
“Hari ini sukacitanya saya mengumumkan bahawa acara Climbathon akan menyambung semula yang dihentikan pada 2017.
Semoga kita dapat merealisasikannya pada tahun hadapan selepas Taman-Taman Sabah membuat persediaan yang diperlukan untuk membuka semula laluan berkenaan,” katanya.
Menurut Christina, pendakian itu akan menjadi sebahagian daripada siri acara antarabangsa yang akan dianjurkan oleh kementeriannya untuk membawa pelancongan ke Sabah.
Selain ini, pada tahun ini Sabah akan menyokong dua lagi acara antarabangsa iaitu acara Golf dan juga Miss World Malaysia. – Bernama