Enam Pegawai, Anggota Polis, Satu Orang Awam Dituduh Di Mahkamah Bunuh Pemandu e-hailing


KOTA KINABALU: Tujuh pegawai dan anggota polis serta satu orang awam yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan pemandu e-hailing di Tawau akan didakwa di Mahkamah Majistret Tawau hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, kertas siasatan telah lengkap dan dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara semalam (7 Februari).

Susulan itu, tujuh pegawai dan anggota serta seorang individu akan dihadapkan ke mahkamah pada hari ini.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan siasatan berkaitan kes pembunuhan seorang lelaki yang berlaku pada 13 Januari lalu yang melibatkan penahanan lapan pegawai dan anggota serta tiga orang awam bagi membantu siasatan kes ini.

“Namun, seramai tujuh suspek akan dituduh hari ini, yang terdiri daripada orang pegawai dan anggota PDRM dan satu orang awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 Kanun yang sama kerana bersubahat.

Pada 30 Januari lalu, seorang wanita, Nurima Juli, 33, yang merupakan isteri mangsa didalwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan dan kesalahan yang sama.

Nurima didakwa terlibat membunuh seorang lelaki dikenali sebagai Nurman Bakaratu, 61, yang juga suaminya di kawasan ladang sawit di Batu 5, Jalan Apas, Tawau pada 13 Januari lalu.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *