Hajiji Hilang Majoriti, Letak Jawatan Serta-Merta – Peter Anthony


KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menggesa Datuk Seri Hajiji Noor meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah dengan serta merta setelah kehilangan majoriti.

Ia susulan keputusan Barisan Nasional (BN) Sabah menarik sokongan terhadap Hajiji malam tadi.

Presiden KDM, Datuk Peter Anthony berkata, beliau percaya Hajiji sudah tidak mempunyai majoriti yang cukup sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Merujuk kepada Perkara 6(3) dibaca dengan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah, yang menyatakan bahawa Ketua Menteri sebagai Ketua Parti yang mendapat majoriti bilangan kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 pada 2020.

“Di bawah Perkara 7(1) Perlembagaan Negeri Sabah, Hajiji hendaklah meletakkan jawatan (Ketua Menteri) dengan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut Peter, KDM menyerahkan kepada kepada kebijaksanaan dan budi bicara Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin untuk memutuskan pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu berdasarkan dengan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Negeri Sabah.

Sebentar tadi, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan BN menarik sokongan daripada Hajiji selepas perjanjian persefahaman antara BN dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN 2020 terbatal.

Hajiji dikatakan melanggar perjanjian itu dengan bertindak menamatkan perkhidmatan ADUN Usukan, Datuk Seri Salleh Tun Said sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad pada hari ini.

Ends.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *