Ketua Menteri Hadir Majlis Sambutan Hari Raya Perdana 2023 Agensi Islam Sabah


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri
Majlis Sambutan Raya Perdana 2023 Agensi Islam Sabah di Dewan Sa’adah Majlis
Ugama Islam Sabah (MUIS), hari ini.

Selain beramah mesra bersama para pengunjung, Hajiji turut menyampaikan hadiah
kepada pemenang pertandingan gerai tercantik sempena sambutan Raya Perdana
2023.

Turut hadir ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Haji Mohd.Arifin
Mohd.Arif, Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Timbalan Setiausaha
Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas), Encik Sapdin Ibrahim, Mufti Kerajaan Negeri
Sabah, Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz Bin Hj. Jaafar, Pengarah Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Ustaz Hj Saifulzaman Sangul,Pengarah Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Datuk Haji Norjeli bin Haji Dais dan
Pengerusi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Haji Sapawi Ahmad.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *