Madius lawat PPD Tuaran, mahu terus perkasa agenda pendidikan –


TUARAN: Pendidikan merupakan satu jambatan kepada kemajuan sesebuah negara.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, semakin tinggi ilmu seseorang itu maka ia lebih berpeluang mendapat pekerjaan lebih baik sekali gus mampu mengubah nasib keluarga.

“Seperti yang kita ketahui, bidang pendidikan sememangnya penting untuk memastikan generasi akan datang mampu untuk terus mentadbir negara dengan baik.

“Semua lapisan masyarakat berhak mendapatkan pendidikan yang secukupnya demi menjamin masa hadapan mereka serta masa hadapan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Madius berkata, untuk memastikan Pendidikan di Tuaran berjalan lancar, beliau telah membuat perjumpaan dengan warga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran pada Selasa.

“Saya telah diberi taklimat oleh PPD Tuaran dengan lebih jelas perkembangan terkini mengenai hala tuju pendidikan dan hal pembangunan di sekolah seluruh Tuaran.

“Banyak perkara yang telah dibincangkan. Saya mengadakan pertemuan ini kerana saya lebih suka berkongsi secara langsung agar perjuangan saya dalam hal ehwal pendidikan lebih jelas untuk difahami seiring dengan slogan ‘Tuaran Aspirasiku.

“Terima kasih PPD Tuaran kerana sudi bekerjasama dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen P170 Tuaran,” katanya.



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *