Majlis Makan Malam Amal PIBG SM La Salle 23 September ini

KOTA KINABALU: Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SM La Salle Tanjung Aru akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal 2023 (MMMA2023) pada 23hb September ini bertempat di ITCC Grand Ballroom Penampang.

Yang Dipertua PIBG SM La Salle, Encik Andre Norbert Lee berkata, tetamu kehormat ialah YB Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri III, merangkap Menteri Kerja Raya Sabah.

“Majlis Makan Malan Amal PIBG SM La Salle 2023 dibuat bertujuan untuk menambah dana tabung PIBG untuk memberi bantuan kepada sekolah dari segi pembelian komputer tambahan untuk kegunaan pelajar dan bagi meningkatkan lagi kecemerlangan murid melalui program-program akademik, kokurikulum dan hal ehwal pelajar.

“Kami amat mengharapkan sokongan dari semua pihak agar impian kita untuk melihat pelajar-pelajar S.M. La Salle terus mendapat segala keperluan yang kondusif demi meneruskan kegemilangan dan keunggulan dalam semua aspek pencapaian,” katanya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tentang MMMA2023 boleh berhubung dengan Encik Andre Norbert (013 8697337) atau Encik Adrian Alang (011 34501660).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *