Rumah Roboh Dipukul Ombak Besar Di Pitas


PITAS: Angin kencang dan ombak besar menyebabkan sebuah rumah roboh di Kampung Salimpodon Laut, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8.34 malam.

Namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua penghuni rumah telah keluar dari kediaman mereka sebelum kejadian itu.

Katanya sepasukan 6 pegawai bersama sebuah jentera dari BBP Kota Marudu dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 22 kilometer dari balai.

“Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan daripada (MERS999) berlaku rumah roboh di alamat Kg Salimpodon Laut, Pitas akibat dipukul ombak dan angin kencang.

“Menurut pengadu, kesemua penghuni rumah telah keluar dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa, katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *