Selesaikan Segera Masalah Air Kotor Dan Berbau di Pekan Tanjung Aru – Junz


KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru, Datuk Junz Wong berkata kualiti air yang kotor dan berbau sehingga tidak sesuai digunakan untuk mencuci tangan apatah lagi untuk diminum dan kegunaan memasak di pekan Tanjung Aru adalah perkara yang serius dan menjejaskan mata pencarian penduduk di Tanjung Aru.

“Baru-baru ini pejabat ADUN N.22 Tanjung Aru menerima aduan air kotor dan berbau di pekan Tanjung Aru. Kualiti air kotor dan berbau sehingga tidak sesuai digunakan untuk mencuci tangan apatah lagi untuk diminum dan kegunaan memasak.

“Saya sendiri buat lawatan selepas menerima aduan air kotor dan berbau busuk. Saya melihat sampel air kotor dan berbau busuk oleh pengadu.

“Macam mana peniaga di pekan Tanjung Aru menjalankan perniagaan dengan kualiti air yang teruk?” soalnya.

“Keadaan air ini sudah tentu memudaratkan kesihatan penduduk sekitar Tanjung Aru. Sekiranya ada penduduk yang sakit disebabkan oleh air kotor dan berbau busuk ini, adakah pihak Jabatan Air akan bertanggungjawab” soalnya lagi.

Junz berkata selain itu, terdapat aduan bahawa tandas Pasar Tanjung Aru juga tiada air dan seringkali ditutup.

“Sepatutnya tandas Pasar Tanjung Aru tersebut haruslah sentiasa dalam keadaan baik dan mempunyai bekalan air. Ia adalah satu daripada  kemudahan awam untuk keselesaan rakyat dan bukannya menyeksa rakyat,” tegasnya.

“Masalah air ini telah berlarutan sejak sekian lama dan masih lagi tidak dapat diselesaikan dengan baik.

“Rakyat sengsara. Selalu tiada air dan kalau ada air pun kualitinya kotor dan berbau busuk” tambahnya lagi.

Sehubungan itu Junz memohon kepada pihak bertanggungjawab supaya menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *