Shafie Apdal Mengadakan Kunjungan Hormat Kepada Perdana Menteri


KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Kunjungan hormati itu diadakan bagi menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sebelum ini, Warisan telah menyatakan sokongan untuk menyokong kerajaan perpaduan yang akan diketuai oleh Pakatan Harapan (PH).

Mohd Shafie berkata, beliau percaya Anwar berupaya membawa negara keluar dari kemelut ekonomi yang sedang melanda pada masa ini.

“Kunjungan ini bagi menyampaikan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

“Malaysia perlu bangkit dan bersedia dengan pelbagai cabaran khususnya kos sara hidup yang semakin meningkat akibat dari ketidaktentuan ekonomi dunia,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *