Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata pihak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.41 petang
Katanya sepasukan 8 pegawai dan anggota dari BBP Kota Kinabalu bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan, EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 3 kilometer dari balai.
“Berlaku insiden melibatkan tangan seorang kanak-kanak perempuan yang telah tersekat dalam kotak pembesar suara (speaker).
“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.
“Mangsa diberi rawatan awal oleh Pasukan EMRS. Maklumat mangsa tidak diperoleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain, operasi bomba ditamatkan jam 4 petang.